Bina hotel RM2.4 juta dalam masjid tidak membazir - Imam

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

MERBOK - Seorang imam dari Masjid Al-Busyra di sini menyifatkan cadangan pembinaan hotel bernilai RM2.4 juta dalam kawasan masjid berkenaan bukanlah satu pembaziran sebaliknya memberi manfaat kepada musafir sekali gus impak besar kepada perkembangan ekonomi Islam.

Pengerusi Masjid merangkap Imam Masjid Al-Busyra, Mohd Firdaus Mat Akhir berkata, kemudahan itu akan memberi keselesaan kepada musafir untuk melaksanakan ibadat dengan lebih baik.

Menurutnya, pembinaan hotel juga bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada anak kariah terutama penduduk tempatan yang masih menganggur.

"Dengan adanya hotel ini telah menambah satu lagi kemudahan di Masjid Al-Busyra, sebelum ini kita telah pun ada medan selera, dobi layan diri, telaga wakaf, spa muslimah, tempat gunting rambut dan cuci kereta serta lain-lain.

"Ia secara tidak langsung menarik lebih ramai berkunjung ke masjid, dalam masa sama, melaksanakan tuntutan utama beribadat," jelas beliau dalam hantaran di media sosial miliknya.

Antara jemaah masjid yang turut memberi sokongan kepada pelancaran kutipan dana hotel berjumlah RM2.4 juta yang dibuat secara 'live'.
Antara jemaah masjid yang turut memberi sokongan kepada pelancaran kutipan dana hotel berjumlah RM2.4 juta yang dibuat secara 'live'.

Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan bahawa Mohd Firdaus telah melancarkan kutipan RM2.40 melalui 'live' bagi mencukupkan dana berjumlah RM2.4 juta untuk pembinaan hotel di masjid berkenaan.

Lebih menarik, kutipan di media sosial itu berjaya meraih sebanyak RM245,452 termasuk lebih RM100,000 kutipan terkumpul lebih awal sebelum 'live' bermula.

Artikel Berkaitan:

"Ini salah satu cara beri pahala kepada penyumbang dengan melakukan amal kebaikan, biarpun telah meninggal dunia, namun amalan bersedekah, infak dan wakaf akan beri manfaat pahala berpanjangan selagi hotel itu beroperasi," katanya.

Beliau berkata, dengan terlaksana projek berkenaan, ia sekali gus mencapai matlamat masjid sebagai 'one stop centre'.

"Inilah cara kita kembangkan dana wakaf dan infak, dalam masa sama, mampu meningkatkan ekonomi Islam secara menyeluruh," katanya.

Mohd Firdaus (tiga kanan) bersama ahli jawatankuasa Masjid Al-Busyra Merbok.
Mohd Firdaus (tiga kanan) bersama ahli jawatankuasa Masjid Al-Busyra Merbok.

Jelasnya, setakat ini, kutipan bagi pembinaan hotel tersebut berjaya mencecah RM575,000.

Terdahulu, pembangunan naik taraf Masjid Al-Busyra menjadi tular kerana sebelum ini masjid usang yang berada di kawasan luar bandar itu telah ditransformasikan menjadi sebuah masjid mesra musafir berkonsepkan kawasan Rehat & Rawat (R&R) iaitu lebih moden dan komprehensif.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank bernombor 5521-8953-2234 atas nama Masjid Al-Busyra Merbok.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Bina hotel RM2.4 juta dalam masjid tidak membazir - Imam #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Edisi #Masjid #Imam #Hotel #Islam #MasjidAlBusyra

Du'a - Sami Yusuf

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!