Sorok dalam semak
BUKIT KAYU HITAM - Lima bungkusan mengandungi benih udang dan makanan udang dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 Briged Utara dalam pemeriksaan berhampiran kawasan ladang kelapa sawit Black Forest awal pagi tadi.
Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Rosman Kasman berkata, ketika pasukan membuat rondaan dalam Op Wawasan Kedah/Perlis di kawasan Black Forest, anggota menjumpai beberapa bungkusan plastik hitam dan beberapa kotak berwarna coklat di dalam semak.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut terdapat lima bungkus plastik hitam mengandungi 35 bungkus plastik lut sinar disyaki benih udang, lima kotak mengandungi 60 tin makanan udang serta 30 bungkus makanan udang.
“Anggaran nilai benih udang yang dirampas mencecah RM56,000, manakala 30 bungkus makanan udang dianggarkan bernilai RM900 serta 60 tin makanan udang bernilai RM6,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Ghani berkata, setelah melakukan pemerhatian selama dua jam, tiada individu tampil mengambil bungkusan tersebut.
“Kesemua barang yang dirampas diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!