Jemputan sertai program di sekolah perlu patuhi garis panduan
BERITA SEMASA 12 MAC 2024
Sebarang jemputan untuk menyertai program atau aktiviti yang dianjurkan di sekolah melibatkan orang kenamaan termasuk ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO), mesti mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian tiada halangan untuk sesiapa sahaja menghadiri program di institusi berkenaan, namun perlu mematuhi garis panduan tersebut selain mendapat pengesahan dan kebenaran daripada KPM.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, yang mendakwa dihalang untuk hadir dan merasmikan program melibatkan pelajar di sekolah.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPM #MasukSekolah