Lanun rampas kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

DHAKA - Lanun merampas sebuah kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi pada Selasa dan menjadikan kesemua 23 kru sebagai tebusan, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkapalan Bangladesh, Mohammad Maksud Alam.

Lanun terlibat disyaki rakyat Somalia kerana pantai itu terletak di negara berkenaan, katanya kepada Anadolu.

"Kapal kargo yang dinamakan MV Abdullah sedang mengangkut arang batu daripada Pelabuhan Maputo di Mozambique ke Pelabuhan Al Hamriyah di UAE (Emiriah Arab Bersatu).

"Kru kapal itu memaklumkan kepada kami bahawa lanun berkenaan membawa senjata berat.

"Kesemua anggota kru, bagaimanapun selamat dan kerajaan sedang berusaha untuk menyelamatkan mereka dan kapal itu menggunakan kesemua saluran diplomatik yang ada,” katanya.

Mohammad juga mengesahkan kapal itu milik SR Shipping Lines, Bangladesh.

Pada 2010, sebuah kapal SR Shipping dirampas lanun di Laut Arab. - Bernama/Anadolu

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!