Kisah berbeza pemain Malaysia di England

Aaron-Wooi Yik
Aaron-Wooi Yik
A
A
A

BARISAN pemain negara membuka gelanggang kempen Kejuaraan Badminton Seluruh England 2024 Super 1000 di Utilita Arena Birmingham, England dengan langkah berbeza, pada Selasa.

Beregu sensasi lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang juga pilihan kelima memulakan kempen langkah kanan apabila menempah slot berdepan wakil Taiwan, Chang Ko-chi-Po Li-wei.

Aaron-Wooi Yik mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua selepas dipaksa berhempas pula menewaskan satu lagi wakil negara Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani 21-19, 21-17 dalam aksi 33 minit.

Satu lagi wakil negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang beraksi dalam kategori beregu campuran juga mengesahkan slot ke pusingan kedua berdepan pilihan kelapan dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

Kian Meng-Pei Jing mara selepas menewaskan sensasi dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue dalam permainan yang mengambil masa 70 minit.

Bagaimanapun Kian Meng-Pei Jing bermula tempang apabila tewas 12-21 sebelum bangkit menang set kedua 21-19 diikuti pengesahan kemaraan dengan 21-14 di set penentuan.

Biarpun begitu, beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi gagal mengikuti langkah dua wakil negara apabila tewas kepada lawan di pusingan pertama.

Yew Sin-Ee Yi yang menang set pertama 21-15 ka atas pilihan nombor lapan dunia Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi gagal meneruskan momentum dua set terakhir apabila tewas 23-21, 21-14 dalam masa 65 minit.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!