PDRM nafi warga Malaysia terlibat kes pengedaran dadah antarabangsa

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan penglibatan rakyat negara ini susulan penahanan seorang penerbit filem di India yang didakwa terlibat aktiviti pengedaran dadah antarabangsa termasuk Malaysia baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, risikan setakat ini mendapati tiada sebarang maklumat tentang penglibatan penerbit filem itu dengan mana-mana individu warganegara ini dalam aktiviti pengedaran dadah di Malaysia.

"JSJN akan terus menjalankan risikan lanjut berkaitan perkara ini dalam usaha mengekang aktiviti pengedaran dadah di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, beberapa portal berita dalam talian melaporkan aktiviti pengedaran dadah didalangi penerbit filem terbabit diketuai seorang warga Malaysia yang trut terlibat dalam industri perfileman. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!