Al-Hilal pecah rekod dunia menang berturut-turut
KELAB Liga Pro Saudi, Al-Hilal memecahkan rekod dunia untuk kemenangan berturut-turut terbanyak dalam sejarah bola sepak selepas menewaskan Al-Ittihad dalam aksi Liga Juara-Juara Asia pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
Beraksi di Stadium King Abdullah Sports City di Jeddah, Arab Saudi, pasukan bimbingan Jorge Jesus itu menundukkan Al-Ittihad 2-0 untuk kemenangan ke-28.
Ini sekali gus mengatasi rekod dicatatkan kelab Wales The New Saints pada musim 2016-17.
Pengurus dari Portugal berusia 69 tahun itu adalah ketua jurulatih bagi Al-Hilal antara Julai 2018 dan Januari 2019 dan memenangi Piala Super Saudi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!