Indonesia jemput Jepun melabur di Natuna

Jokowi (kanan) mengalu-alukan kunjungan Motegi ke Istana Presiden hari ini. - Foto AFP
Jokowi (kanan) mengalu-alukan kunjungan Motegi ke Istana Presiden hari ini. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi hari ini menjemput Jepun untuk meningkatkan pelaburan dalam perikanan dan tenaga di kepulauan Natuna susulan kebuntuan dengan China di perairan berhampiran Laut China Selatan yang dipertikaikan.

Pejabat Presiden dalam satu kenyataan memberitahu, permintaan itu disuarakan Jokowi ketika kunjungan Menteri Luar Jepun, Toshimitsu Motegi ke Jakarta.

"Saya mahu menjemput Jepun untuk melabur di Natuna," katanya sambil menambah bahawa Tokyo adalah salah satu rakan ekonomi utama Indonesia.

Kelmarin, Jokowi mengunjungi Natuna bagi menegaskan kedaulatan Indonesia ke atas kelompok pulau itu dan perairan di sekitar mereka.

Tindakan itu dibuat selepas pengawal pantai dan kapal nelayan China beberapa kali memasuki zon ekonomi eksklusif Indonesia sejak bulan lalu.

China tidak menuntut kepulauan Natuna sebaliknya mendakwa mereka mempunyai hak untuk menangkap ikan berdekatan Nine Dash Line, garisan pada peta China yang kononnya menunjukkan wilayah dan perairannya.

Tahun lalu, Jepun memberikan AS$7.26 juta (RM30 juta) untuk membina pasar ikan di Natuna yang akan dinamakan Tsukiji sempena nama pasar terkenal di Tokyo.

Kerja pembinaan pasar di Natuna dan kepulauan lain Indonesia akan bermula tahun ini. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!