Banteras aktiviti jual hidupan liar musim raya

Perhilitan tingkat program kawalan menyeluruh di Taman Negara dan kawasan perlindungan hidupan liar bagi membanteras aktiviti itu. Foto hiasan 123RF
Perhilitan tingkat program kawalan menyeluruh di Taman Negara dan kawasan perlindungan hidupan liar bagi membanteras aktiviti itu. Foto hiasan 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mempertingkatkan risikan dan operasi bagi membanteras aktiviti penjualan dan pemburuan haram sepanjang musim perayaan ini.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya mempertingkatkan program kawalan menyeluruh di Taman Negara dan kawasan perlindungan hidupan liar bagi membanteras aktiviti itu.

"Kita akan melaksanakan risikan serta pemantuan secara mingguan sehingga akhir Syawal ini bagi membanteras kegiatan menjual hidupan liar.

"Setakat ini, belum ada peningkatan luar biasa penjualan haram anggota atau badan hidupan liar menjelang musim perayaan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Abdul Kadir.
Abdul Kadir.

Mengulas lanjut Abdul Kadir berkata, pihaknya telah menubuhkan dan membangunkan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan (MFHLK).

"Keupayaan makmal forensik ini telah dipertingkatkan oleh Jabatan pada tahun 2015 yang mana peranan utama adalah untuk mengumpul, mengkatalog, memproses dan menganalisa sampel genetik hidupan liar," katanya.

Beliau berkata, dalam konteks penguatkuasaan, pengkala data deoxyribonucleic acid (DNA) hidupan liar ini menyokong pembuktian kes-kes jenayah hidupan liar yang didakwa di mahkamah.

Artikel Berkaitan:

"Kita turut menjalin kerjasama di peringkat antarabangsa melalui ASEAN-Jaringan Penguatkuasaan Hidupan Liar (ASIAN-WEN), National Anti-Financial Crime Centre (NFCC), Polis Antarabangsa (INTERPOL) dan beberapa agensi berkaitan memandangkan jenayah hidupan liar adalah isu merentas sempadan," katanya.

Menurutnya, Perhilitan turut melaksanakan kempen kesedaran awam/pendidikan konservasi dalam menangani jenayah hidupan liar di Semenanjung Malaysia;

"Kita juga menjalankan kerjasama dengan pihak badan bukan kerajaan (NGO) dalam pelbagai program kesedaran awam seperti pameran, ceramah, dialog bersama masyarakat dan program sukarelawan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!