Menteri Kesihatan alami gejala renal colic
PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dirujuk kepada jabatan kecemasan pada awal pagi Rabu kerana disyaki mengalami gejala renal colic (batu karang).
Bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan keadaan Dr Dzulkefly stabil dan sedang menerima rawatan.
"Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas," kata kementerian itu.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) March 13, 2024
YB Menteri Kesihatan Dirujuk Ke Hospital Untuk Rawatan pic.twitter.com/1o27GFAWdt
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!