Urus niaga makanan, minuman selepas jam 3 petang

MBKT menetapkan urus niaga makanan dan minuman melibatkan pengusaha, pemilik dan pelanggan beragama Islam bermula jam 3 petang sepanjang Ramadan.
MBKT menetapkan urus niaga makanan dan minuman melibatkan pengusaha, pemilik dan pelanggan beragama Islam bermula jam 3 petang sepanjang Ramadan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menetapkan urus niaga makanan dan minuman melibatkan pengusaha, pemilik dan pelanggan beragama Islam hanya dibenarkan bermula jam 3 petang sepanjang Ramadan.

Datuk Bandar, Rosli Latif berkata, bagi aktiviti perniagaan makanan melibatkan pemilik premis perniagaan bukan Islam pula tertakluk kepada kelulusan lesen yang telah dikeluarkan MBKT.

Rosli
Rosli

Menurutnya, arahan itu berkuat kuasa bermula Selasa sehingga akhir Ramadan bagi memastikan tiada pihak yang mencemar kesucian bulan ini.

"Mana-mana pengusaha, pemilik perniagaan makanan dan minuman yang gagal mematuhi peraturan ini adalah melakukan satu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (Establisymen Makanan) MBKT 1991.

"Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kita juga ingatkan kepada pelanggan beragama Islam bahawa mereka dilarang untuk makan dan minum di premis yang dimiliki bukan Islam pada waktu siang hari sepanjang bulan Ramadan ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jelas beliau, penguat kuasa MBKT akan memantau premis perniagaan yang dijalankan bagi memastikan peraturan tersebut dipatuhi semua umat Islam.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai juga boleh membuat aduan kepada MBKT jika ternampak sebarang urusan jual beli makanan dan minuman dilakukan sebelum jam 3 petang bagi membolehkan tindakan diambil," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!