10,175kg minyak masak peket stok Ramadan cuba diseludup

Wan Jamal Abdul Saman (tengah) menunjukkan minyak masak bersubsidi yang berjaya dirampas.
Wan Jamal Abdul Saman (tengah) menunjukkan minyak masak bersubsidi yang berjaya dirampas.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 10,175 kilogram (kg) minyak masak peket yang cuba diseludup ke negara jiran dipercayai untuk stok Ramadan selepas menahan sebuah lori berhampiran jambatan Kampung Kubang Panjang, Tumpat, pada Selasa.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Saman Wan Long berkata, lori tersebut ditahan pada jam 4 pagi hasil maklumat intipan.

"Pada masa sama kita turut menahan pemandu dan kelindan masing-masing berusia lingkungan 30-an untuk membantu siasatan.

"Pemeriksaan yang dijalankan ke atas lori itu membawa kepada penemuan 10,175 kg minyak masak peket yang dianggarkan berjumlah RM20,350," katanya semasa sidang akhbar bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan pada Rabu.

Wan Jamal Abdul Saman (kanan) semasa sidang akhbar bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan pada Rabu.
Wan Jamal Abdul Saman (kanan) semasa sidang akhbar bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan pada Rabu.

Menurut beliau, hasil soal siasat yang dilakukan mendapati minyak masak tersebut dibawa dari Ipoh, Perak.

Ujarnya, kedua-dua suspek mengaku menerima upah sebanyak RM300 untuk satu trip penghantaran.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, modus operandi yang digunakan ialah dengan membawa masuk minyak masak peket bersubsidi tempatan untuk dihantar ke negara jiran melaui pangkalan haram menggunakan pelbagai jenis kenderaan.

Artikel Berkaitan:

"Kes ini telah diserahkan kepada KPDN Kelantan untuk tindakan lanjut.

"Ia disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!