Sarjan maut motosikal langgar lori

Muhammad Hanif (gambar kecil) yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian.
Muhammad Hanif (gambar kecil) yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Jalan Machap di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, mangsa, Muhammad Hanif Hassan, 24, yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari Muar, Johor bagi menjalankan siasatan dipercayai dalam perjalanan pulang ke IPD Alor Gajah.

Keadaan motosikal Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa selepas terbabit kemalangan.
Keadaan motosikal Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa selepas terbabit kemalangan.

Bagaimanapun katanya, setiba di tempat kejadian motosikal ditunggang mangsa terlibat kemalangan dengan lori jenis Isuzu NPR59P yang dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun bersama kelindan berusia 32 tahun dari arah bertentangan.

"Ketika tiba di persimpangan sebuah tempat timbang sawit, pemandu lori itu membelok ke kanan manakala mangsa dari arah bertentangan gagal mengelak dan telah melanggar bahagian tepi sebelah kiri lori.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Alor Gajah untuk proses bedah siasat manakala pemandu lori ditahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana didakwa cuai ketika membelok," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!