Kemuka butir matan palsu, perunding syarikat ditahan SPRM

SPRM menahan seorang perunding syarikat yang disyaki mengemukakan tuntutan lebih RM400,000 dengan menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu.
SPRM menahan seorang perunding syarikat yang disyaki mengemukakan tuntutan lebih RM400,000 dengan menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang perunding sebuah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki mengemukakan tuntutan lebih RM400,000 dengan menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

Suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari Rabu ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

Menurut sumber, suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu itu membabitkan pembekalan mesin kepada usahawan melibatkan dana Program Bantuan Industri Kecil Sederhana (BAIKS) kepada sebuah agensi kerajaan negeri.

Suspek melakukan perkara itu sekitar tahun 2023 sedangkan mesin tersebut tidak dibekalkan pun oleh syarikatnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan 18 Akta SPRM 2009 dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu bagi tujuan permohonan reman esok pagi (Khamis)," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!