Polis nafi kanak-kanak perempuan diculik

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemui semula selepas hilang beberapa jam ketika bapanya membeli makanan di Bukit Indah, Iskandar Puteri pada Rabu.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemui semula selepas hilang beberapa jam ketika bapanya membeli makanan di Bukit Indah, Iskandar Puteri pada Rabu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Polis menafikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun lengkap berpakaian sukan sekolah diculik dalam kereta semasa bapanya keluar membeli makanan di Bukit Indah di sini pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, kejadian pada jam 12.50 tengah hari itu sebenarnya berpunca daripada kecuaian bapa kanak-kanak tersebut yang meninggalkan anaknya dalam kereta seorang diri.

"Semasa kejadian bapa kanak-kanak itu keluar membeli makanan. Semasa dalam kereta, pintu kereta tidak berkunci dan enjin tidak dimatikan.

"Hasil siasatan mendapati kanak-kanak tersebut yang memakai baju sukan sekolah warna kuning dan seluar panjang hitam telah keluar dari kereta dan merayau-rayau.

"Apabila bapanya pulang semula ke kereta mendapati anaknya sudah tidak ada," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sepasang suami isteri yang menaiki sebuah kereta ternampak kanak-kanak tersebut sebelum menghantarnya semula ke sekolah berdasarkan lencana sekolah yang ada pada bajunya.

"Ibu bapa kanak-kanak tersebut telah dihubungi oleh guru kelasnya dan memaklumkan anak mereka berada dalam keadaan baik dan selamat," katanya.

Sebelum ini tular di media sosial seorang kanak-kanak hilang selama beberapa jam ketika bapanya membeli makanan.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28