Zii Jia singkir pemain nombor 6 dunia di England

Lee Zii Jia Foto: AFP
Lee Zii Jia Foto: AFP
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menampilkan persembahan bertenaga ketika melepasi pusingan pertama Kejuaraan Badminton Seluruh England pada Rabu.

Tambah menarik Zii Jia yang berstatus nombor 10 dunia menyingkirkan pemain pilihan keenam dari Jepun, Kodai Naraoka straight set 21-12, 21-19 dalam aksi 49 minit di Utilita Arena, Birmingham.

Kemenangan bekas juara edisi 2021 tersebut merupakan tonik semangat kepada Zii Jia yang sebelum itu tewas kepada Kodai dalam suku akhir Terbuka India di New Delhi pada Januari lalu.

Kemenangan itu membolehkan Zii Jia berdepan dengan bekas juara dunia 2021 dari Singapura, Loh Kean Yew dalam pusingan kedua yang dijadualkan pada Khamis.

Lee Zii Jia Foto: Agensi
Lee Zii Jia Foto: Agensi

Kean Yew sebelum itu menjinakkan pemain sensasi dari Hong Kong, Ng Ka Long straight set 21-12, 21-17 dalam masa 35 minit.

Sebagai rekod, Zii Jia, merupakan wakil tunggal perseorangan lelaki negara dalam kejuaraan Super 1000 itu akan menentang Kean Yew untuk merebut tempat ke suku akhir.

Edisi 2023, cabaran Zii Jia berakhir pada separuh akhir apabila tewas kepada pemain China, Shi Yu Qi 19-21, 13-21.

Artikel Berkaitan:

Beregu campuran, Chen Tan Jie-Toh Ee Wei turut menuruti jejak langkah Zii Jia apabila menyingkirkan cabaran wakil Thailand, Dechapol Puavaranukoh-Sapsiree Taerattanachai.

Tan Jie-Ee Wei yang berstatus nombor sembilan dunia mara selepas menewaskan Dechapol-Sapsiree (nombor enam dunia) 21-14, 12-21, 21-15 dalam masa 57 minit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!