Polis siasat dakwaan anggota minta wang daripada warga asing
KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur menjalankan siasatan terperinci berhubung video tular berkaitan dakwaan anggotanya meminta wang daripada warga asing di Sri Hartamas di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, pihaknya telah memulakan siasatan dalaman berkaitan dakwaan tersebut.
"Siasatan dilaksanakan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS). Setakat ini, tiada individu yang tampil membuat laporan berhubung insiden itu," katanya ringkas ketika dihubungi pada Rabu.
Pada Rabu, tular satu klip video berdurasi 25 saat memaparkan seorang wanita mendakwa dia ternampak anggota polis meminta wang daripada warga Bangladesh.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!