Sikap penjual tisu, pengemis buat pelanggan 'tercekik’

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

TIDAK pasti anda perasan atau tidak, golongan penjual tisu atau pengemis di kawasan Lembah Klang menyasarkan kedai-kedai makan di kawasan pertengahan (middle class) sebagai lokasi 'operasi' mereka.

Merak Jalanan bukannya cuba melabelkan atau mendiskriminasi golongan itu namun semakin lama semakin menjadi-jadi kehadiran mereka sehingga terganggu pelanggan hendak menjamu selera.

Bayangkan, belum sempat nasi singgah ke mulut, sudah tercekik dek teguran penjual tisu ataupun kerepek ubi sudah datang menjual ataupun bercerita kisah sedih mereka sedangkan kita baru hendak makan.

Budaya tidak menghormati orang lain terutama ketika makan memang tidak boleh diterima dan jika tidak disekat akan menjadi barah. Apa salah jika betul hendak berniaga, tunggulah sehingga orang selesai makan atau ketika keluar dari kedai, ini tidak, selagi kita tidak beli selagi itulah penjual ini memberikan tekanan.

Ada satu malam ketika Merak Jalanan dan rakan sedang makan roti canai dan teh tarik di sebuah restoran mamak di Shah Alam datang seorang remaja lelaki menegur.

"Saya orang susah. Saya mencari duit poket untuk belanja sekolah saya dan adik-adik saya. Kalau abang dan kakak beli, dapatlah saya belanja sekolah,” katanya dengan wajah yang sedih dan mata bertakung air mata. Ujian apakah ini?

Isnin lalu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menarik balik elaun Orang Kurang Upaya (OKU) kepada seorang penerima yang didapati mengemis hingga mampu memiliki kereta Proton X70 Premium.

Siasatan mendapati dia bekerja sebagai penyelia syif di sebuah syarikat bas dengan anggaran pendapatan RM2,000 sebulan.

Artikel Berkaitan:

Insiden seumpama inilah kadang-kadang membuatkan kita skeptikal terhadap peniaga jalanan, bukan?

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!