Rugi baca tanpa fahami al-Quran

Robaatun Hadayiah (duduk, kanan) bersama ahli Rumah Ngaji Negeri Perak.
Robaatun Hadayiah (duduk, kanan) bersama ahli Rumah Ngaji Negeri Perak.
A
A
A

IPOH - Membaca al-Quran tanpa memahami ayatnya sesuatu yang merugikan buat umat Islam.

Pengerusi Rumah Ngaji Perak, Robaatun Hadayiah Harun berkata, disebabkan itu pihaknya mengambil peranan menyemarakkan usaha membantu masyarakat memahami al-Quran.

Menurutnya, setiap tahun Rumah Ngaji memilih satu surah untuk dihayati dan difahami menerusi program-program yang dirancang.

“Amat penting untuk umat Islam memahami al-Quran. Satu kerugian bagi yang boleh membaca kalam ALLAH ini tetapi tidak memahami maksud kerana apa yang tertulis di dalam al-Quran perlu kita ikuti dan taat.

“Kerana itu setiap tahun Rumah Ngaji akan memilih satu surah untuk dihayati dan difahami selain mengajak semua umat Islam memahami sedalam-dalamnya maksud surah berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Robaatun Hadayiah berkata, jika seseorang itu benar-benar memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran, secara tidak langsung rasa cinta yang mendalam kepada ALLAH akan hadir dalam hati.

Sementara itu, beliau berkata, Rumah Ngaji Perak merancang pelbagai aktiviti pada tahun ini untuk menyemarakkan cinta terhadap al-Quran dalam kalangan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Robaatun Hadayiah (duduk, kanan) bersama ahli Rumah Ngaji Negeri Perak.
Robaatun Hadayiah (duduk, kanan) bersama ahli Rumah Ngaji Negeri Perak.

Jelasnya, antara program yang dirancang termasuklah Konvensyen Quran yang akan berlangsung pada Jun depan, pemberian kotak makanan kepada golongan asnaf, World QuranHour, Malaysia QuranHour Khatam al-Quran Perdana dan sebagainya.

Katanya, sehingga kini terdapat sebanyak 139 buah Rumah Ngaji di Perak yang berdaftar di bawah Yayasan Warisan Ummah lkhlas (WUIF).

Robaatun Hadayiah berkata, dalam pada itu setiap Rumah Ngaji di Perak sentiasa mengadakan kelas mengikut keperluan masing-masing.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!