Empat premis jual barangan telekomunikasi tiruan diserbu

Pegawai KPDN melakukan pemeriksaan pada salah sebuah premis yang diserbu pada Selasa lalu.
Pegawai KPDN melakukan pemeriksaan pada salah sebuah premis yang diserbu pada Selasa lalu.
A
A
A

BUTTERWORTH - Sebanyak empat buah premis yang disyaki menjual barang tiruan di Bandar Prai Jaya telah diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang bersama wakil pemilik cap dagang pada Selasa lalu.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, RS Jegan berkata, hasil serbuan dilakukan berjaya menemukan barangan yang disyaki tiruan, terdiri daripada alat ganti dan barangan aksesori telefon bimbit.

Menurutnya, dalam serbuan itu seramai tiga lelaki dan seorang perempuan yang mengaku sebagai penyelia premis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

"Hasil pemeriksaan di empat buah premis tersebut, telah menyita sejumlah 2,938 unit alat ganti telefon bimbit anggaran bernilai RM58,896 dan 964 unit aksesori anggaran bernilai RM9,320 yang terdiri dari pelbagai jenama antaranya Samsung, Xiaomi, Huawei dan Redmi.

"Jumlah sitaan bagi kesemua premis ini dianggarkan bernilai RM68,216 dan kesemua premis tersebut disyaki telah melakukan kesalahan dan disiasat dibawah Akta Cap Dagangan 2019," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Jegan berkata, KPDN Pulau Pinang ingin memberi amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan supaya sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih hRM10,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!