KDN FC terima tajaan RM600,000
PASUKAN Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menerima tajaan RM600,000 daripada syarikat pengeluar pakaian dan peralatan sukan berjenama tempatan iaitu PUC Sport.
Presidennya, Rozi Muhamad berkata, tajaan itu menjadi suntikan moral buat KDN FC untuk mengharungi saingan Liga Malaysia yang akan bermula pada Mei depan.
"Pihak pengurusan kelab sangat berbangga dan berterima kasih kepada PUC Sport kerana sebagai anak Kelantan, mereka jelas memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan kami memartabatkan nama negeri dalam industri bola sepak Malaysia," katanya kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Perjanjian dan Penyerahan Penajaan di sini pada Khamis.
Hadir sama, Pengarah Urusan PUC Sports, Mohd Shukry Pauzi.
Menurut beliau, KDN FC berharap barisan pemain memperagakan aksi terbaik sepanjang musim sekali gus melonjakkan lagi nama penaja.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!