79 peratus setuju tindakan tegas diambil
SHAH ALAM - Sinar Harian melalui Facebooknya telah membuat undian kepada pelayar-pelayar adakan sudah sampai masanya untuk semua pihak berhenti mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama di negara ini?
Melalui undian yang dibuat sehingga 5.30 petang ini, 79 peratus setuju tindakan tegas diambil terhadap pihak yang mengapi-apikan sentimen perkauman manakala 21 peratus meminta isu-isu sensitif segera diselesaikan.
Antaranya Kameichu Lippu II berpendapat, isu perkauman di negara ini tidak pernah wujud sebelum ini.
"Semua (rakyat) bebas nak sambut adat dan perayaan masing-masing tetapi apabila PH jadi kerajaan macam-macam hal timbul ia di mulakan dengan menggangu keistimewaan jak Raja-raja dan Melayu," katanya.
Aboi Amir pula berkata, isu timbul kerana kegagalan kerajaan menjaga rakyat berbilang bangsa dan agama dan turut di tambah sikap "tetamu" yang sering tidak hormat tuan rumah.
Perkara itu turut disokong oleh Azman Riz yang menyifatkan rakyat tidak mempunyai banyak pilihan dalam isu berkenaan.
"Sebab kerajaan sepatutnya peka dengan isu ini. Akta-akta yang dalam kerajaan.. kerajaan sendiri mesti patuh agar mudah dilaksanakan di peringkat rakyat biasa yang melanggar undang-undang," katanya.
Shah EchoGolflima pula menyalahkan pentadbiran kerajaan dan menyifatkan pemimpin pada masa ini tidak mengetahui tanggungjawab mereka sehingga isu berkenaan menjadi semakin serius.
"Masalah sebenarnya datang dari menteri-menteri yang gila kuasa dan tak tau apa tanggungjawabnya sebagai menteri, main sondol ja dan ada juga masalah yang datang dari orang yang berpengaruh dan orang atasan," katanya.
Undian yang berlangsung selama lima jam itu mendapat kira-kira 5,500 undian dan menerima sebanyak 332 komen serta 15 perkongsian dan 214 tanda suka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!