PKR bukan parti tong sampah - Hassan

Bekas pemimpin besar parti lain yang mahu menyertai PKR perlu disemak dan ditapis terlebih dahulu kerana PKR bukan parti tong sampah. Gambar hiasan Bernama (Gambar kecil: Hassan)
Bekas pemimpin besar parti lain yang mahu menyertai PKR perlu disemak dan ditapis terlebih dahulu kerana PKR bukan parti tong sampah. Gambar hiasan Bernama (Gambar kecil: Hassan)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas pemimpin besar parti lain yang mahu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu disemak dan ditapis terlebih dahulu kerana PKR bukan parti tong sampah.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, mereka yang ada rekod jenayah, bankrap dan rasuah seeloknya tidak diterima dalam PKR.

"Adalah wajar serta munasabah serta bertanggungjawab untuk semak ke atas pemimpin-pemimpin besar parti lain yang ingin menyertai PKR. PKR perlu kekalkan imejnya yang bersih sebagai sebuah parti yang ingin membawa perubahan baik atau 'reform'.

"Elemen-elemen bersifat parasit, dedalu, oportunis atau penyangak dan penyakau serta korup perlu ditolak awal-awal," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjangkakan lebih ramai bekas pemimpin berstatus profil tinggi daripada Perikatan Nasional (PN) akan meninggalkan parti masing-masing dan menyertai PKR dalam masa terdekat.

Dakwa Saifuddin, pihaknya ada menerima permohonan daripada pemimpin-pemimpin pembangkang yang mempunyai nama besar dalam arena politik negara dan berminat untuk menyertai PKR.

Pada Selasa, bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman mendedahkan, lebih ramai pemimpin dan ahli perintis parti itu di semua peringkat akan menyertai PKR.

Selain Faiz, penyertaan terbaharu pemimpin Bersatu ke dalam PKR termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Hassan berkata, seruan beliau kepada pemimpin PKR dalam soal menerima kemasukan ramai anggota baharu terutama daripada parti lain atau orang awam biasa termasuk yang sebelum ini memusuhi PKR adalah dengan mengambil contoh dalam sirah Nabi Muhamad SAW.

"Bagaimana baginda dengan sikap terbuka tetapi cermat dan berhemah menerima ramai orang, banyak pihak dan banyak kabilah untuk menyertai perjuangan Rasulullah sehingga Islam berkembang pesat," ujar beliau.

Bagaimanapun Hassan menyambut baik dan mengalu-alukan jika ramai individu termasuk daripada parti lain, sama ada anggota biasa atau pemimpin besar untuk menyertai PKR dengan syarat minimum mereka jujur menerima dasar dan cita-cita parti seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PKR.

"Kita ahli-ahli PKR perlu bersangka baik dan berjiwa besar serta berlapang dada dan terbuka. Jangan awal awal lagi telah bersangka buruk, defensif serta 'protectionist'.

"PKR adalah parti reformis yang bersifat massa rakyat. PKR adalah parti massa rakyat dan bukannya parti untuk golongan elitis," ujar bekas Pengerusi PKR Johor itu.

@sinarharianonline

PKR perlu kekal bersih, tolak parasit serta korup #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #Nasional #Politik #Parti #PKR #PN #Bersatu #Hassan

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!