Shahrol Shiro tersalah hantar anak ke sekolah lain

Shahrol, tidak sengaja telah tersalah menghantar anak keduanya, Iskandar Rizqi, 7, atau lebih mesra dipanggil Iqi dan perkara itu hanya disedari apabila pihak sekolah menghubunginya.
Shahrol, tidak sengaja telah tersalah menghantar anak keduanya, Iskandar Rizqi, 7, atau lebih mesra dipanggil Iqi dan perkara itu hanya disedari apabila pihak sekolah menghubunginya.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] SEJAK Isnin lalu, pelbagai ragam anak-anak ke sekolah, terutamanya pelajar Tahun Satu menjadi perhatian di media sosial.

Namun lain pula kisahnya yang dikongsikan pelawak dan pelakon, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali Shahrol Shiro sehingga mengundang deraian ketawa warga maya yang membaca.

Akui Shahrol, dia secara tidak sengaja telah tersalah menghantar anak keduanya, Iskandar Rizqi, 7, atau lebih mesra dipanggil Iqi ke sekolah berlainan dan perkara itu hanya disedari apabila pihak sekolah menghubunginya.

"Atas faktor kesibukan kerja, saya minta bantuan isteri uruskan kemasukan darjah satu sekolah anak. Dalam perbincangan nak masukkan Iqi ke sekolah mana, ada dua nama sekolah yang disebut.

"Cerita hari ini (semalam), saya hantar anak ke sekolah. Lepas beberapa jam, saya dapat satu panggilan telefon katanya dari pihak sekolah. Risau jugak kalau ada apa-apa berlaku, rupanya saya tersalah hantar anak ke sekolah," kongsinya.

Shahrol bersama anak keduanya, Iskandar Rizqi, 7.
Shahrol bersama anak keduanya, Iskandar Rizqi, 7.

Dalam hantaran berserta video berdurasi 1 minit 10 saat itu, Shahrol bergegas ke Sekolah Kampong Melayu untuk menjemput anaknya yang sepatutnya di hantar ke Sekolah Tunku Mahmood.

"Tak tahu sekolah? Mabuk eh?" gurau seorang wakil sekolah dalam video berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Shahrol kemudiannya meminta maaf atas kesilapan itu sambil salah seorang guru menyatakan pengalaman tersebut hanya berlaku pada orang tertentu sahaja.

"Iqi dah siap masuk kelas belajar tapi dia pelik bila tengok padang tak sama macam sekolah dia pergi sebelum puasa itu.

"Terus dia jumpa cikgu, beritahu dia telah tersalah sekolah. Cikgu lihat tanda nama dia dan menyedari dia tersilap sekolah serta terus menghantarnya ke pejabat," tulisnya.

Shahrol juga turut mengingatkan ibu bapa lain agar tidak mengulangi kesilapannya:

"Kepada ayah di luar sana, jangan lakukan kesilapan sebegini. Maafkan ayah yer Iqi dan terima kasih cikgu-cikgu yang membantu," katanya.

Guru-guru SK Kampong Melayu juga tidak melepaskan peluang untuk merakam momen lucu tersebut dengan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!