Angkasa perluas usaha pemuliharaan alam sekitar

Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah menggunakan mesin sisa kompos makanan sewaktu Majlis Perasmian Projek Khidmat Masyarakat Redirect: Bin 2 Garden dan Penyerahan Mesin Kompos Sisa Makanan di Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam, Kajang hari ini.
Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah menggunakan mesin sisa kompos makanan sewaktu Majlis Perasmian Projek Khidmat Masyarakat Redirect: Bin 2 Garden dan Penyerahan Mesin Kompos Sisa Makanan di Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam, Kajang hari ini.
A
A
A

KAJANG - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memperluas usaha pemuliharaan alam sekitar melalui kempen 'Go Green' yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, perkara yang akan difokuskan melalui kempen ini adalah penanaman pokok dan penukaran sisa makanan kepada bahan berguna seperti baja kompos.

"Dianggarkan lebih 16,000 tan sisa makanan dijana sehari di Malaysia dan 13,000 tan masih boleh dimakan.

"Malah kuantiti pembaziran tersebut cukup untuk memberi makan kepada 12 juta orang setiap hari, melihat kepada jumlah itu maka saya amat menyokong usaha yang dibuat hari ini iaitu memberi kesedaran awal kepada pelajar sekolah akan kepentingan memulihara alam sekitar melalui proses penyediaan baja kompos," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan ketika merasmikan Projek Khidmat Masyarakat Redirect: Bin 2 Garden dan Penyerahan Mesin Sisa Kompos Makanan kepada Sekolah Kebangsaan Kampung Sungai Ramal Dalam pada hari ini.

Katanya, program pada hari ini merupakan anjuran pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kolaboratif beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Terdahulu beliau menyerahkan mesin baja kompos sisa makanan tajaan pelbagai pihak kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!