Impi jelajah 100 negara secara solo sebelum 60 tahun

Jenny ketika melancong secara solo di Hallstatt, Austria.
Jenny ketika melancong secara solo di Hallstatt, Austria.
A
A
A

SHAH ALAM - Minat mendalam terhadap aktiviti melancong mendorong seorang wanita berusaha memenuhi impiannya menjelajah secara solo ke 100 negara sebelum mencapai usia 60 tahun.

Jenny Leong, 54, berkata, beliau mula menyimpan wang semasa bekerja di sektor korporat bagi memastikan hasratnya untuk mengembara ke luar seperti diingini terlaksana.

Jenny dalam misi melancong secara solo di Machu Picchu, Peru.
Jenny dalam misi melancong secara solo di Machu Picchu, Peru.

“Saya lakukan simpanan masa kerja dulu dan wang bertambah hasil daripada dividen pelaburan.

"Saya amalkan konsep ‘simple’ dalam hidup, tidak membeli-belah atau berkunjung ke kafe dan restoran mahal.

“Fokus diberikan sepenuhnya untuk melancong ke tempat yang tidak pernah dikunjungi dan kini saya sudah pergi ke 62 negara,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Dalam pada itu, Jenny memaklumkan, dia mengamalkan konsep perjalanan bajet iaitu melakukan perancangan rapi untuk mengelak daripada berbelanja berlebihan.

Tambah Jenny, bagi mereka yang mahu melancong secara solo dinasihatkan untuk membuat perbandingan harga dan mengenal pasti tahap keselamatan di negara atau kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Jenny bergambar berlatarbelakangkan pemandangan indah di Lake Bled, Slovenia.
Jenny bergambar berlatarbelakangkan pemandangan indah di Lake Bled, Slovenia.

“Cari kemudahan di kawasan selamat, baca ulasan atau komen daripada orang yang pernah ke sana dan pastikan anda keluar pada waktu siang sahaja.

“Pemilihan penginapan juga sangat penting, kita perlu memilih superhost wanita berbanding lelaki jika menyewa bilik melalui aplikasi Airbnb.

"Jangan bawa terlalu banyak bagasi kerana susah nak jaga dan naik pengangkutan awam,” katanya.

Dia turut berkongsi antara negara yang menjadi pilihan untuk dikunjungi selepas ini ialah Bhutan, Finland, Norway, Estonia dan Portugal.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!