Zaquan Adha dapat kerja baharu
SELEPAS meluahkan hasrat untuk menggantung but setelah hampir dua dekad berbakti buat negara dalam arena bola sepak, Zaquan Adha Abdul Radzak sudah dapat tawaran baharu.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh penyerang berusia 37 tahun itu menerusi laman sosial pada Khamis.
Pemain yang sinonim dengan jersi bernombor lapan itu yang kecewa kontraknya bersama Negeri Sembilan FC tidak disambung memberi bayangan bahawa dia sudah ada kerja baharu.
Zaquan Adha memuat naik video yang memaparkan dia menandatangani kontrak di sebuah premis bersama seorang wanita.
"Di antara hikmah tertutupnya satu pintu rezeki, maka akan terbuka pintu rezeki lainnya," catatnya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.
Zaquan Adha bagaimanapun belum mahu mendedahkan hala tuju dan peranan terbaru menerusi tawaran yang diterimanya itu.
"Jika ALLAH (dengan hikmahNya) berkehendak menutup salah satu jalan rezeki mu, Dia pasti (dengan rahmatNya) membuka jalan lain yang lebih bermanfaat bagimu," katanya.
Bekas kapten Harimau Malaya itu pada Rabu mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak selepas hampir 20 tahun menabur bakti dalam Liga Malaysia.
Ia bukan penamat yang diidamkan Zaquan Adha memandangkan dia hanya diutuskan sekeping surat memaklumkan kontraknya bersama Negeri Sembilan tidak dilanjutkan.
@sinarharianonline Zaquan Adha dapat kerja baharu #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Sukan #ZaquanAdha #BolaSepak #Atlet #Kerjaya
Happy (Originally performed by Pharrell Williams) - Instrumental Version - StudiOke
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!