Mahu pinjam RM15,000 tapi rugi lebih RM40,000

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

KUANTAN - Hasrat seorang lelaki untuk membuat pinjaman RM15,000 lebur apabila dia bukan sahaja menjadi mangsa penipuan, malah mengalami kerugian sebanyak RM40,780.

Dalam kejadian awal Januari lalu, mangsa berusia 34 tahun itu diminta memasukkan RM1,180 ke dalam akaun milik seorang wanita bagi tujuan pembayaran insurans selepas dia berminat mendapatkan pinjaman peribadi melalui iklan di laman sosial Facebook

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, selepas beberapa hari lelaki tersebut diminta membuat pembayaran bagi proses pinjaman

"Tanpa berfikir panjang, dia membuat sembilan transaksi pemindahan wang dianggarkan berjumlah RM31,600 dalam akuan seorang lelaki.

"Saya difahamkan pada tiga hari lalu, mangsa sekali lagi memasukkan wang RM8,000 dengan tiga kali transaksi bagi tujuan sama," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera selepas curiga dengan tindakan suspek yang terus meminta bayaran bagi proses pinjaman terbabit.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!