Wartawan sukan Jugjet Singh meninggal dunia

Jugjet Singh. Foto FB Hokita
Jugjet Singh. Foto FB Hokita
A
A
A

WARTAWAN sukan, Jugjet Singh Randhawa, 55, meninggal dunia di Hospital Beacon, Petaling Jaya, 3 petang tadi.

Mendiang yang berkhidmat untuk New Straits Times dan sangat dikenali dalam kalangan pengamal media sukan tanah air khususnya dalam liputan sukan hoki, meninggal dunia selepas empat tahun menghidap kanser usus.

Beliau yang meninggalkan balu Jasbir Kaur Aujla dan empat anak lelaki Arvin, Sanjit, Ranjit and Baljit, dimasukkan ke hospital swasta itu baru-baru ini kerana berada di tahap kritikal.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal antara individu yang sempat melawat mendiang sebelum pemergiannya.

Jasad beliau dijangka disemadikan di sebuah pusat krematorium di Jalan Loke Yew di sini, 3 petang esok.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!