JDT uji kekuatan di Sepanyol

Harimau Selatan dijadualkan jalani tujuh aksi persahabatan di Sepanyol. Foto Bernama
Harimau Selatan dijadualkan jalani tujuh aksi persahabatan di Sepanyol. Foto Bernama
A
A
A

JUARA Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjalani kempen pramusim di Sepanyol bermula dari 14 hingga 30 April depan.

Malah, Harimau Selatan kendalian Héctor Bidoglio akan mengadakan tujuh perlawanan persahabatan dalam tempoh dua minggu sepanjang siri jelajah tersebut.

“Skuad Harimau Selatan akan berpangkalan di Pusat Bola Sepak Melia Villaitana, Benidorm, Alicante.

“Susulan kejayaan kempen pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu sebelum ini, JDT teruja untuk menghadapi cabaran baharu di Sepanyol sebagai persiapan pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia 2024/25,” menurut JDT dalam hantaran di laman media sosial kelab itu pada Khamis.

Harimau Selatan mencipta sejarah baharu dengan melakar hatrik gelaran 'quadruple' selepas menyapu kejuaraan Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia pada musim 2022 dan 2023.

Saingan 2024/25, JDT akan beraksi dalam kejohanan peringkat Asia, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!