AS bawa resolusi AI ke PBB

Thomas-Greenfield berkata teknologi AI perlu dimanfaatkan dan meluas ke seluruh dunia ke negara-negara di semua peringkat pembangunan. - Foto AP
Thomas-Greenfield berkata teknologi AI perlu dimanfaatkan dan meluas ke seluruh dunia ke negara-negara di semua peringkat pembangunan. - Foto AP
A
A
A

NEW YORK - Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengemukakan resolusi mengenai kecerdasan buatan (AI) yang akan dibincangkan oleh Perhimpunan Agung badan dunia itu akhir bulan ini.

AS bersama 40 rakannya dari negara lain berkata AI mempunyai potensi besar untuk membentuk ekonomi, masyarakat dan dunia menjadi lebih baik.

Menurut duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield, teknologi AI perlu dimanfaatkan dan meluas ke seluruh dunia ke negara-negara di semua peringkat pembangunan.

"Amerika Syarikat, dengan konsensus luas daripada negara anggota, telah memperkenalkan resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pertimbangan yang bertujuan untuk menyatakan pendekatan bersama terhadap sistem AI.

"Resolusi itu menyeru negara anggota untuk mempromosikan sistem AI yang selamat, terjamin dan boleh dipercayai untuk menangani cabaran terbesar dunia, termasuk yang berkaitan dengan kemiskinan, pembasmian kemiskinan, kesihatan global, keselamatan makanan, iklim, tenaga dan pendidikan.

"Konsensus mengenai topik penting ini boleh membantu meluaskan manfaat AI kepada negara anggota di semua wilayah dan peringkat pembangunan dalam menyokong Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan," katanya.

Menurutnya, antara perkara yang boleh ditangani termasuk menangani cabaran terbesar dunia iaitu pembasmian kemiskinan, kesihatan global, keselamatan makanan, iklim, tenaga dan pendidikan.

Draf itu turut menyebut bahawa sistem AI harus berpaksikan manusia, dipercayai, jelas, beretika, inklusif, memelihara privasi dan bertanggungjawab dengan orientasi pembangunan mampan dan dengan penuh penghormatan, promosi dan perlindungan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Apabila teknologi AI berkembang pesat, terdapat keperluan mendesak dan peluang daripada negara anggota untuk bekerjasama menguatkuasannya secara bersama.

Resolusi itu dijangka dibincangkan oleh Perhimpunan Agung pada 21 Mac 2024. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!