DBKL ambil 115 sampel makanan di bazar Ramadan

Sebanyak 115 sampel makanan diambil di bazar Ramadan Tasik Permaisuri Bandar Tun Razak.
Sebanyak 115 sampel makanan diambil di bazar Ramadan Tasik Permaisuri Bandar Tun Razak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 115 sampel makanan diambil di bazar Ramadan Tasik Permaisuri Bandar Tun Razak untuk dihantar ke Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan persampelan diketuai Timbalan Pengarah Kanan, Dr Nor Halizam Ismail bersama 13 petugas itu bertujuan untuk memantau kebersihan dan keselamatan makanan dijual kepada orang ramai.

Menurut kenyataan, pemeriksaan mikrobiologi seperti kuman salmonella tyhi, E-Choli dan Coliform yang merupakan indeks pengukuran kebersihan makanan yang dijual dan sekiranya berlaku perlanggaran atau pencemaran tindakan denda atau kompaun akan dikenakan kepada peniaga.

Persampelan ini bertujuan untuk memantau kebersihan dan keselamatan makanan dijual kepada orang ramai.
Persampelan ini bertujuan untuk memantau kebersihan dan keselamatan makanan dijual kepada orang ramai.

"Hal ini berkaitan juga dengan kes keracunan makanan yang dilaporkan dari bazar-bazar Ramadan Kuala Lumpur, di mana berdasarkan e-notifikasi oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, KKM melaporkan sebanyak 43 kes pada 2022 dan 62 kes pada tahun 2023," menurut DBKL menerusi kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak JKAS juga melakukan pemeriksaan berkait kehendak-kehendak kesihatan pada pengendali makanan.

Sampel makanan dihantar ke Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan JKAS Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk dianalisis.
Sampel makanan dihantar ke Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan JKAS Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk dianalisis.

"Sebagai contoh, teguran dan nasihat diberikan kepada peniaga yang menggunakan stapler pada bungkusan makanan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Artikel Berkaitan:

"Hasil pemeriksaan didapati kebanyakan peniaga bazar mempunyai suntikan typhoid, menjaga kebersihan tapak bazar, tidak menggunakan polistrene dan tidak terdapat pembantu warga asing," tambah kenyataan itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!