Nabi Muhammad SAW melarang berpuasa lebih dua hari, menyuruh segera berbuka

BERSEGERA dalam berbuka puasa merupakan salah satu suruhan dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Gambar Pexels.com
BERSEGERA dalam berbuka puasa merupakan salah satu suruhan dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Gambar Pexels.com
A
A
A

ABU HURAIRAH RA berkata: "Rasulullah melarang wisal dalam berpuasa." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ibnu Umar RA berkata: "Rasulullah melarang berpuasa wisal." Ada orang berkata: "Namun, bukankah kamu sendiri yang melakukan puasa wisal?" Rasulullah SAW bersabda: "Aku tidak sama dengan keadaan seseorang daripada kamu kerana aku diberi makan dan minum." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Imam An-Nawawi, penyusun kitab Riyadus Salihin berkata: "Bab tentang haramnya menyambungkan puasa, iaitu seseorang berpuasa dua hari atau lebih dan tidak makan serta tidak minum di antara hari-hari itu."

ALLAH SWT telah menetapkan batasan puasa atas firman-NYA dalam ayat ke-187 Surah al-Baqarah dan dengan demikian, DIA membataskan permulaan dan akhir puasa.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Manusia sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka puasa." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

NABI MUHAMMAD SAW memulakan berbuka puasa dengan kurma. Gambar Pexels.com
NABI MUHAMMAD SAW memulakan berbuka puasa dengan kurma. Gambar Pexels.com

Inilah yang disyariatkan bahawa manusia harus segera berbuka, tidak mengakhirkan dan tidak menyambungkan puasa, iaitu berpuasa dua hari atau lebih tanpa makan dan minum. Nabi SAW melarang seperti yang demikian.

Artikel Berkaitan:

*Petikan dari Al-Quran Al-Karim Amazing terbitan Karya Bestari Sdn. Bhd.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!