Bursa Malaysia susut pada tengah hari

Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati yang ketara di pasaran serantau. Gambar hiasan
Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati yang ketara di pasaran serantau. Gambar hiasan
A
A
A

BURSA Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati yang ketara di pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.44 mata kepada 1,540.31 daripada paras 1,543.75, pada Khamis.

Terdahulu, indeks pemacu pasaran itu dibuka susut 6.80 mata pada 1,536.95 dan bergerak dalam jajaran 1,533.80 hingga 1,539.00.

Pasaran meluas kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 481 berbanding 340 manakala 399 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,103 tidak diniagakan dan 38 kaunter lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.29 bilion unit bernilai RM1.16 bilion.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menjangkakan sentimen tempatan mungkin agak terjejas hari ini susulan prestasi semalaman Wall Street.

Berikutan itu, indeks utama itu dijangka bergerak dalam jajaran 1,540-1,550.

"Wall Street ditutup lebih rendah selepas pasaran mulai menerima impak daripada pengumuman indeks harga pengeluar yang ternyata mengatasi jangkaan, sekali gus mendorong peningkatan hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) pada 4.292 peratus.

Artikel Berkaitan:

"Susulan itu, purata Indeks Dow Jones turun 138 mata manakala Nasdaq merosot 49 mata," katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing naik 2.0 sen kepada RM9.67, RM4.25 dan RM6.89 manakala CIMB meraih 14 sen kepada RM6.58 dan Tenaga Nasional sebaliknya susut 8.0 sen kepada RM11.48.

Bagi saham aktif, Hong Seng dan TWL Holdings tidak berubah pada 1.5 sen dan 3.5 sen, Eversendai naik setengah sen kepada 33.5 sen dan Econpile menokok 1.5 sen kepada 45 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 11.90 mata pada 11,466.95; Indeks FBMT 100 susut 10.58 mata kepada 11,131.05; Indeks FBM Emas Shariah merosot 44.79 mata kepada 11,491.71; Indeks FBM ACE turun 31.79 mata pada 4,695.79 manakala Indeks FBM 70 naik 43.76 mata pada 15,626.89.

Prestasi mengikut sektor menyaksikan Perkhidmatan Kewangan turun 17.86 mata kepada 17,223.50 manakala Indeks Perladangan berkurangan 19.20 mata kepada 7,296.56, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.14 mata kepada 175.96, namun Indeks Tenaga naik 1.88 mata kepada 919.65. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!