Novartis diiktiraf Majikan Terbaik lima tahun berturut-turut

Mohamed Elwakil (tengah) bersama Anne Heng (kiri) dan Elsie Chang menunjukkan trofi Majikan Terbaik 2024 yang dimenangi oleh Novartis Malaysia untuk tahun kelima berturut-turut.
Mohamed Elwakil (tengah) bersama Anne Heng (kiri) dan Elsie Chang menunjukkan trofi Majikan Terbaik 2024 yang dimenangi oleh Novartis Malaysia untuk tahun kelima berturut-turut.
A
A
A

KOMITMEN Novartis Malaysia untuk berada di barisan hadapan dalam melaksanakan polisi pekerja telah membawa kejayaan kepada syarikat apabila diiktiraf sebagai Majikan Terbaik untuk tahun kelima berturut-turut.

Kegigihan untuk secara konsisten memperkenalkan dasar tempat kerja yang progresif dan inovatif yang mengiktiraf kepelbagaian, ekuiti dan mengutamakan keterangkuman merupakan faktor utama Novartis berjaya diiktiraf sebagai Majikan Terbaik di Malaysia untuk kategori Excellence in Employee Conditions.

Syarikat multinasional terkemuka itu, yang menggaji hampir 600 kakitangan di Malaysia, memberitahu bahawa polisi itu termasuk cuti ‘parental leave’ selama 14 minggu secara keseluruhan serta meluaskan faedah bersalin merangkumi pasangan kakitangan.

Novartis Malaysia juga secara aktif memupuk budaya ’unbossed’ dalam ruang kerjanya dengan memperkenalkan garis panduan kerja hibrid yang memberi pekerjanya fleksibiliti untuk bekerja di luar pejabat sebaik sahaja mereka memenuhi kriteria 12 hari bekerja di pejabat setiap bulan.

Lebih hebat, tahun ini adalah tahun kelima berturut-turut syarikat berkenaan menerima pengiktirafan yang telah dibantu oleh strategi pengurusan sumber manusia yang cemerlang dan amalan yang disesuaikan untuk memberi kakitangan keselesaan di tempat kerja.

Pensijilan itu juga membuktikan komitmen Novartis Malaysia ke arah kepelbagaian, saksama dan menyediakan tempat kerja inklusif untuk menyokong misinya menambah baik perubatan untuk memperbaiki dan memanjangkan hayat rakyat.

Presiden Negara Novartis Malaysia Mohamed Elwakil berkata, mereka sangat berbesar hati apabila diiktiraf sebagai Majikan Terbaik 2024 untuk tahun kelima berturut-turut.

Artikel Berkaitan:

Trofi yang dimenangi oleh Novartis Malaysia sebagai Anugerah Majikan Terbaik untuk Kecemerlangan dalam Keadaan Pekerja.
Trofi yang dimenangi oleh Novartis Malaysia sebagai Anugerah Majikan Terbaik untuk Kecemerlangan dalam Keadaan Pekerja.

Beliau berkata, kakitangan adalah teras dan strategi perniagaan di mana mereka mewujudkan persekitaran kerja yang inklusif, menerima kepelbagaian dan terus membangunkan tenaga kerja yang dinamik.

"Dengan kakitangan yang dinamik, kami boleh memacu inovasi, prestasi dan reputasi selaras dengan budaya kami untuk menjadi lebih ’Inspired, Curious dan Unbossed’.

“Strategi ini sememangnya memainkan peranan dalam memperkukuhkan kehadiran kami sebagai syarikat ubat-ubatan inovatif terkemuka yang membantu memanjangkan dan meningkatkan kehidupan lebih 32 juta rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Pusat Korporat Novartis Kuala Lumpur (NOCC KL), Elsie Chang berkata, mereka juga sangat teruja apabila diiktiraf sebagai Majikan Terbaik selama lima tahun berturut-turut.

Katanya, anugerah berprestij itu membuktikan komitmen Novartis yang tidak berbelah bahagi kepada pekerja dan kesejahteraan mereka.

"Di Novartis, kami percaya bahawa aset terbesar kami adalah kakitangan, dan kami berusaha untuk mewujudkan tempat kerja inklusif dan dinamik yang memupuk pertumbuhan, inovasi dan kerjasama," katanya.

Ketua Negara, Rakyat dan Organisasi, Novartis Malaysia, Anne Heng pula berkata, pensijilan itu bukan sahaja satu pencapaian tetapi strategi yang telah menyumbang kepada kejayaan berterusan Novartis.

"Kejayaan ini menunjukkan komitmen Novartis untuk menyediakan persekitaran kerja yang sangat baik untuk kakitangan kami. Pelaburan berterusan syarikat dalam pembangunan bakat, tumpuan kepada peningkatan kemahiran, dan kaedah latihan yang inovatif telah berhasil dan telah mengukuhkan kedudukan kami sebagai kuasa peneraju dalam industri penjagaan kesihatan.

“Top Employer Institute menetapkan standard yang tinggi dan permintaan terhadap tugas HR moden sentiasa berkembang. Pengiktirafan ini adalah usaha berpasukan dan menunjukkan bahawa kami bukan sahaja menawarkan persekitaran kerja yang cemerlang, tetapi juga telah mewujudkan suasana yang menarik dan berorientasikan masa depan untuk kakitangan kami,” katanya.

Top Employer Institute ialah organisasi bebas antarabangsa yang mengiktiraf kecemerlangan dalam amalan dan penawaran sumber manusia.

Pada tahun 2024, program ini memperakui dan mengiktiraf lebih 2,300 Majikan Terbaik di 121 negara/rantau merentasi lima benua dan memberi kesan positif kepada kehidupan lebih 12 juta pekerja di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Top Employer Institute, David Plink berkata, masa menyerlahkan sisi terbaik dalam kakitangan dan organisasi dan mereka telah membuktikannya dalam Program Pensijilan Majikan Terbaik tahun ini: prestasi luar biasa daripada Majikan Terbaik 2024.

"Majikan ini sentiasa menunjukkan bahawa mereka mengambil berat terhadap pembangunan dan kesejahteraan pekerja mereka. Dengan berbuat demikian, mereka secara kolektif telah memperkayakan dunia pekerjaan.

"Kami berbesar hati untuk mengumumkan dan meraikan kumpulan majikan berorientasikan rakyat terkemuka tahun ini: Majikan Terbaik 2024,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!