Tempoh kerja singkat bantu wanita seimbang kerjaya, keluarga
BERITA SEMASA 15 MAC 2024
Sejak diumumkan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan mengambil kira tempoh bekerja lebih pendek bagi penjawat awam wanita, ramai golongan hawa melihatnya sebagai prospek positif ke arah meningkatkan penglibatan dalam dunia pekerjaan.
Hakikatnya, isu wanita terpaksa melupakan keinginan untuk bekerja bagi mengurus keluarga sudah lama berantaian, tetapi entah mengapa sehingga ke hari ini masih belum ada jalan penyelesaian biarpun pelbagai usaha dilakukan sebelum ini.
Pengerusi Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Novel Lyndon berkata pelaksanaan inisiatif itu menepati hasrat kerajaan untuk memastikan sasaran 60 peratus penyertaan tenaga buruh wanita di negara ini.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SSPA