Kor Ming kesal ibu bapanya diheret dalam isu politik

Kor Ming. Foto Bernama
Kor Ming. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming meminta agar semua pihak tidak mengheret ibu-bapanya dalam kancah isu politik.

Tegas beliau, ugutan yang diterima kedua ibu- bapanya sebelum ini tidak sepatutnya berlaku.

"Saya berasa kesal. Sepatutnya biarlah isu politik jangan melibatkan ahli keluarga khususnya ibu bapa saya yang sudah uzur.

"Bapa saya berusia 86 tahun dan beliau tidak seharusnya dilayan dengan ugutan sebegini," katanya menerusi sidang akhbar sempena Sambutan Hari Bahagia peringkat Kebangsaan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, sebagai langkah berjaga-jaga pihak polis telah membuat kawalan di kawasan berkenaan.

"Polis telah mendirikan pondok polis sementara di rumah ibu dan ayah, saya berterima kasih kepada mereka.

"Saya berharap kejadian ini tidak berulang lagi," katanya sambil menyifatkan ia suatu membimbangkan.

Minggu lalu media melaporkan rumah ibu bapa kepada Ahli Parlimen Teluk Intan itu di Jalan Ling Sing Hang dekat Ayer Tawar, Perak ditaburi kertas berunsur ugutan bertulis "Nga Kor Ming jangan cabar Islam."

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!