Pengendali makanan bazar Ramadan berkuku panjang antara dikenakan kompaun JKNS

Asits (kiri) membuat tinjauan di Bazar Ramadan Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu.
Asits (kiri) membuat tinjauan di Bazar Ramadan Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pengendali makanan berkuku panjang antara kesalahan yang dikesan hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) di seluruh bazar Ramadan di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Asits Sanna berkata, pemantauan pada tahun ini melibatkan 105 lokasi di seluruh negeri dengan jumlah 5,674 gerai.

"Setakat ini kami telah periksa sebanyak 240 premis dan daripada itu sebanyak 31 notis kesalahan telah dikeluarkan dengan kompaun berjumlah RM3,700.

"Antara kesalahan lain yang dikesan adalah menggajikan pekerja yang tiada latihan pengendali makanan dan suntikan antitifoid membabitkan empat kesalahan, pekerja tiada sijil latihan pengendali makanan (7) dan pengendali tiada suntikan antitifoid (2).

"Selain itu, pengendali makanan tidak menepati etika pemakaian seperti apron, kasut dan penutup kepala melibatkan 12 kesalahan, pengendali tidak mengekalkan kebersihan diri iaitu berkuku panjang membabitkan tiga kesalahan dan pengendali memakai perhiasan diri seperti jam, cincin, pin dan aksesori lain melibatkan tiga kesalahan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di Bazar Ramadan Lintasan Deasoka, di sini pada Jumaat.

Asits berkata, 31 kes yang direkodkan dianggap tinggi untuk 240 premis yang diperiksa untuk tempoh tiga hari ini.

"Kira tinggi juga kesalahan daripada 240 premis. Kalau boleh janganlah berlaku lagi sebab setiap tahun sudah dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

"Daerah yang paling tinggi dikompaun ialah Tawau membabitkan 18 kompaun, kedua di Keningau tujuh kes dan lain-lain kes dari lain-lain daerah," jelasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!