Khalid lepaskan jawatan Presiden KLFA

Khalid. Foto Agensi
Khalid. Foto Agensi
A
A
A

BEKAS Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) secara serta-merta.

Peletakan jawatan itu dimaklumkan menerusi sepucuk surat kepada Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa pada Jumaat.

Menurut sumber, menerusi surat tersebut Khalid turut meluahkan penghargaan kepada seluruh warga KLFA di atas sokongan sepanjang beliau menerajui persatuan berkenaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa, kakitangan dan semua pihak atas sokongan serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh saya berkhidmat,” katanya.

Khalid juga berharap KLFA akan terus maju dan berjaya dalam mendepani langkah-langkah seterusnya.

KLFA berdepan dengan kemelut kewangan apabila gagal melunaskan gaji pemain Kuala Lumpur (KL) City FC selama dua bulan melibatkan Oktober dan November 2023 yang mencecah RM2 juta.

Khalid dalam sidang media pada Februari lalu bagaimanapun tidak mendedahkan tempoh bayaran tersebut boleh dilunaskan kepada pegawai pasukan dan pemain kerana masih menunggu dana tajaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi musim 2024.

Bekas Ahli Parlimen Shah Alam itu dipilih sebagai presiden KLFA dalam kongres ke-32 persatuan tersebut pada November 2019.

Artikel Berkaitan:

Khalid dilantik ke jawatan nombor satu tersebut selepas menang tanpa bertanding sekali gus menyaksikan beliau akan menerajui persatuan sehingga tahun 2023.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!