Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 zahirkan kebahagiaan buat golongan kurang berkemampuan, kehilangan ahli keluarga

No Image Caption
A
A
A
SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri meminta orang ramai untuk bersama-sama memanfaatkan program berbuka puasa seperti Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 kerana ia mampu menzahirkan kebahagiaan khususnya buat golongan kurang berkemampuan atau kehilangan ahli keluarga.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) berkata, inisiatif daripada warga kerja Karangkraf dan Sinar Harian memberikan keterujaan buat dirinya kerana berpeluang untuk bertemu mesra dengan komuniti setempat.

“Kami sangat teruja apabila melihat kira-kira 2,000 pengunjung hadir hari ini yang mana difahamkan penganjurannya sudah memasuki tahun keempat.

“Saya dan YKN merasa amat bertuah kerana diberi peluang menyertai program berbuka puasa sebegini yang mana anak-anak daripada institusi kami dan pelajar tahfiz sekitar sini pun turut hadir sama.

“Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih buat Karangkraf dan Sinar Harian,” katanya.

No Image Caption



Ahli Parlimen Santubong itu berkata demikian selepas menghulurkan sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz dan beberapa pengunjung bertuah di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Jumaat.

Program Iftar Ala Madinah yang bermula dari 13 Mac hingga 4 April itu terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Hadir sama, Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, Ketua Projek Iftar Ala Madinah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Farah Hussamuddin; barisan kakitangan YKN serta pelajar Maahad Tahfiz

Artikel Berkaitan:


an-Nabawi Seksyen 8.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam YKN, Fathir Isha memaklumkan, pihaknya terpanggil untuk menyertai program tersebut tahun ini dengan membuka reruai bagi menyantuni kumpulan sasar seperti gelandangan, kaum wanita, seisi keluarga dan masyarakat setempat.

Pegawai Perhubungan Awam YKN, Fathir Isha
Pegawai Perhubungan Awam YKN, Fathir Isha



Tambah beliau, ia memberikan ruang dan peluang kepada pihaknya untuk menguar-uarkan produk perkhidmatan yang disediakan oleh YKN seperti Pusat Pembangunan Sosial Setempat iaitu program psikososial, bimbingan serta kaunseling daripada kaunselor bertauliah.

“Ia sudah bermula sejak fasa Covid-19 apabila ketika itu masyarakat tidak boleh keluar dari rumah sehingga terjadinya tekanan mental, jadi inilah salah satu cara untuk kurangkan kemurungan yang dihadapi orang awam.

“Justeru, dengan sambutan positif daripada lebih 2,000 pengunjung di program berbuka puasa ini, mereka juga akan lebih mengenali dan memahami peranan YKN.

Kira-kira lebih 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Iftar Ala Madinah @Karangkraf, di sini pada Jumaat.
Kira-kira lebih 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Iftar Ala Madinah @Karangkraf, di sini pada Jumaat.



“Kami turut terbuka menerima sumbangan dan menawarkan pengecualian cukai kepada orang ramai di samping berusaha untuk membantu golongan sasar di negara ini,” ulasnya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!