'Bermula dengan ketum, akhirnya terjebak dadah'

Program komuniti pencegahan serta acara santai futsal bersama AADK daerah Kota Setar dan Pokok Sena yang diadakan di Flat Gemilang, Alor Setar, baru-baru ini. (Gambar kecil: Aminnuddin)
Program komuniti pencegahan serta acara santai futsal bersama AADK daerah Kota Setar dan Pokok Sena yang diadakan di Flat Gemilang, Alor Setar, baru-baru ini. (Gambar kecil: Aminnuddin)
A
A
A

ALOR SETAR - Sebahagian besar golongan belia bermula dengan pengambilan air ketum untuk khayal sebelum terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Perkara itu dikongsi Pengerusi SKUAD Antidadah daerah Kota Setar dan Pokok Sena, Aminnuddin Ghazali berkaitan punca golongan itu terjebak dengan dadah dan situasi itu semakin membimbangkan.

Menurutnya, individu berusia antara 18 hingga 39 tahun direkodkan paling ramai terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

“Awalnya mereka anggap perkara biasa untuk ‘khayal’ akhirnya menyesal tidak sudah. Bermula dengan kecil-kecilan seperti air ketum, akhirnya terlibat dengan dadah lebih kritikal seperti syabu dan ais,” katanya di sini pada Sabtu.

Aminnuddin berkata, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran berisiko tinggi atau ‘hot spot’ antara penyumbang besar dalam peningkatan kes melibatkan remaja dan belia.

Ceramah pencegahan giat dijalankan sama ada peringkat sekolah, IPT mahupun di tempat kerja bagi mewujudkan kesedaran bahaya dadah.
Ceramah pencegahan giat dijalankan sama ada peringkat sekolah, IPT mahupun di tempat kerja bagi mewujudkan kesedaran bahaya dadah.

“Pelajar juga tidak terlepas daripada ‘godaan’ penyalahgunaan dadah, perkara ini amat membimbangkan khususnya sikap segelintir anak muda yang memiliki keinginan tinggi untuk mencuba sesuatu yang baharu,” ujarnya.

Berikutan itu, Aminnuddin yang juga Exco Majlis Belia Negeri Kedah mengajak anak muda menyertai SKUAD Antidadah untuk bersama-sama menyebarkan kebenaran mengenai bahaya dadah kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan:

“Situasi semakin kritikal bukan sahaja kalangan belia termasuk beliawanis. Walaupun kita disajikan dengan jumlah penagih yang semakin pulih, namun jumlah kes berulang juga agak tinggi.

“Oleh itu kami mengajak belia dan beliawanis untuk menyertai SKUAD Antidadah, kerana penyalahgunaan dadah telah tersebar meluas kalangan belia. Anda mesti bijak memilih jalan hidup sementara kami berperanan menyampaikan info berkaitan penyalahgunaan dadah,” jelasnya.

Menurutnya lagi, antara program pencegahan dijalankan ialah menyampaikan ceramah penyalahgunaan dadah bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) secara bulanan.

“Kita juga adakan pendekatan lebih santai seperti memeriahkan Hari Peringatan Antidadah peringkat daerah, acara futsal, mengedarkan risalah ke kawasan panas seperti Kuala Kedah serta ceramah di Institut Teknologi Aerospace (ITAS) Kolej Tentera Udara,” katanya.

Aminnuddin berkata, program lebih santai dan menarik dirangka untuk menarik minat golongan belia untuk sertai sukarelawan SKUAD Antidadah selain memperbanyakkan kempen ‘walkabout’ dan mengedarkan risalah sekitar negeri ini.

Jelasnya, SKUAD Antidadah merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di bawah naungan AADK bagi membantu membanteras dadah melalui informasi seperti menyampaikan risalah, mengadakan program berkaitan dalam membanteras musuh nombor satu negara ini.

“Informasi yang disampaikan tidak hanya melalui fizikal, tetapi juga menyampaikan mesej secara maya menggunakan aplikasi media sosial,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!