Jual lebih 70 ekor ayam bakar berempah sehari

Pekerja kepada Siti Sarah memasak ayam bakar berempah di bazar Ramadan Sungai Isap pada Sabtu
Pekerja kepada Siti Sarah memasak ayam bakar berempah di bazar Ramadan Sungai Isap pada Sabtu
A
A
A

KUANTAN - Ramadan memberi limpahan rezeki berganda kepada peniaga apabila jualan mereka laris.

Ini dibuktikan oleh seorang peniaga, Siti Sarah Halim, 36, apabila mampu menjual lebih 70 ekor ayam bakar berempah setiap hari.

Menurutnya, sambutan diterima sepanjang lima hari berniaga amat memberangsangkan khususnya daripada pengujung di bazar Ramadan Sungai Isap di sini.

"Saya lihat, trend pembelian sejak 1 Ramadan sehingga hari ini (Sabtu) ada peningkatan. Kalau sebelum ini saya hanya jual sekitar 50 ekor ayam sahaja, namun disebabkan permintaan tinggi saya menambah kepada 70 ekor.

"Mungkin jumlah jualan ayam bakar rempah terus bertambah pada hari berikutnya," katanya ketika ditemui di bazar Ramadan Sungai Isap pada Sabtu.

Pekerja kepada Siti Sarah melayan pelanggan di gerainya di bazar Ramadan Sungai Isap pada Sabtu.
Pekerja kepada Siti Sarah melayan pelanggan di gerainya di bazar Ramadan Sungai Isap pada Sabtu.

Dia yang mengusahakan perniagaan itu sejak 2006 memberitahu, harga yang ditawarkan masih lagi kekal seperti jualan Ramadan pada tahun lalu.

Jelasnya, salah satu faktor dapat mengekalkan harga ayam bakar berempah disebabkan mendapatkan bahan mentah terus daripada pembekal.

"Tahun ini saya masih jual ayam bakar RM23 seekor dan RM13 untuk separuh. Harga ini saya anggap masih mampu di beli pengguna," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ibu kepada sembilan anak itu mengakui tidak sanggup untuk menaikan harga ayam yang dijual kepada pelanggan kerana mereka turut terkesan dengan situasi ekonomi pada ketika

"Ini cara kita hendak berkongsi rezeki dengan pengguna. Bila kita kekalkan harga dan (hasilkan) kualiti makanan terbaik, pasti akan ada rezeki untuk kita," katanya yang turut memiliki gerai di bazar Ramadan Taman Kerang di sini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!