Semak latar belakang sebelum beri sedekah - Nancy

Nancy. Foto Sinar Harian- ROSLI TALIB
Nancy. Foto Sinar Harian- ROSLI TALIB
A
A
A

KUCHING - Orang awam dinasihat agar menyemak latar belakang penerima sebelum menghulurkan bantuan atau sedekah terutama sepanjang bulan Ramadan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap sifat pemurah rakyat Malaysia.

Beliau berkata, pihak terbabit termasuk sindiket pengemis yang melibatkan warga asing.

"Orang Malaysia ini sangat murah hati dan selalu bersedekah, jadi sebab itu ramai yang ambil peluang daripada sifat baik ini. Sindiket ini bukan perkara yang baharu dan kita akan teruskan penguatkuasaan," katanya selepas menghadiri Program Rangkaian Kasih Sempena Bulan Ramadan Parlimen Santubong di sini pada Sabtu.

Nancy juga berkata, penguatkuasaan membabitkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Bandaraya, pihak polis dan Jabatan Imigresen perlu dipertingkat bagi memastikan wang sedekah tidak dieksploitasi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!