Konflik hidupan liar dan manusia semakin serius - Kuasa

 Hafizudin Nasarudin (Laporan Sinar Harian)
Hafizudin Nasarudin (Laporan Sinar Harian)
A
A
A

SHAH ALAM - Insiden seekor gajah gajah liar cedera setelah dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Setiu, Terengganu pada Jumaat membuktikan konflik hidupan liar dan manusia di negara ini semakin serius.

Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Hafizudin Nasarudin berkata, keadaan ini berlaku disebabkan hidupan liar kehilangan habitat dan makanan kerana penerokaan hutan yang tidak terkawal.

"Kalau kita tengok beberapa tahun kebelakangan ini banyak konflik antara manusia dan hidupan liar antaranya tragedi hidupan luar dilanggar kenderaan, ceroboh kampung, musnahkan tanaman dan lebih parah lagi ada penduduk yang dibaham harimau.

"Jadi, disebabkan tindakan pencerobohan hutan sama ada untuk pembinaan jalan raya, kuari dan sebagainya menyebabkan hidupan liar ini terpaksa keluar daripada habitat untuk mencari makanan.

"Umum mengetahui sikap hidupan liar ini tidak kira harimau atau gajah sekali pun mereka sebolehnya mengelak daripada mendekati manusia," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seekor gajah liar cedera setelah dirempuh sebuah SUV dalam kejadian di Kilometer 45, Kampung Kolam, Jalan Kuala Terengganu - Kampung Raja di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 10.15 malam apabila SUV jenis Porsche Cayenne dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Rhu 10 menuju ke Lembah Bidong.

Menurutnya, kenderaan itu yang dipandu seorang pengurus syarikat, Sharul Azma Che Samaon, 42, dikatakan tidak sempat mengelak menyebabkan ia terlanggar haiwan terbabit.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Hafizudin berkata, sudah tiba masanya penerokaan hutan tidak terkawal perlu ditangani bagi mengelak lebih banyak konflik antara hidupan liar dan manusia berlaku pada masa akan datang.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!