DBKL kompaun 6 peniaga bazar guna pembantu warga asing

Pemeriksaan pematuhan syarat lesen peniagaa oleh penguat kuasa DBKL di bazar Ramadan Parlimen Seputeh pada Jumaat.
Pemeriksaan pematuhan syarat lesen peniagaa oleh penguat kuasa DBKL di bazar Ramadan Parlimen Seputeh pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan enam kompaun terhadap peniaga bazar Ramadan yang dikesan menggunakan khidmat pembantu warga asing tanpa kelulusan.

DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, tindakan penguatkuasaan diambil menerusi pemantauan dijalankan di tiga lokasi bazar di Jalan Radin, Jalan Desa Jaya dan Jalan Impian Indah, Seputeh pada Jumaat.

Menurutnya, operasi membabitkan Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan dan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

"Hasil pemeriksaan dilakukan mendapati, peniaga bazar terbabit melanggar syarat lesen di bawah UUK 14, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 dengan melantik pembantu warga asing tanpa kelulusan.

"Pembantu gerai warga asing berkenaan terdiri daripada tiga warga negara Indonesia, dua warga Pakistan dan seorang warga Myanmar," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Ujar kenyataan itu, operasi tersebut bertujuan melakukan pemeriksaan pematuhan lesen perniagaan, tahap kebersihan dan pengendali makanan serta pemantauan aliran lalu lintas.

Katanya, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa di 11 kawasan Parlimen sekitar Kuala Lumpur.

"DBKL mengingatkan pemegang lesen perniagaan untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"DBKL akan memastikan aktiviti jualan makanan dan minuman berada pada tahap kebersihan yang optimum untuk pengunjung sepanjang bazar Ramadan ini berlangsung," ujar kenyataan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!