Majalah RASA agih 1,500 Bubur Lambuk Warisan percuma

Azrain (kiri), Syamil (dua dari kiri) dan Sissy Iman (tengah) menggaul bubur lambuk percuma buat pengunjung pasar raya AEON, para petugas dan komuniti setempat di pasar raya AEON pada Sabtu.
Azrain (kiri), Syamil (dua dari kiri) dan Sissy Iman (tengah) menggaul bubur lambuk percuma buat pengunjung pasar raya AEON, para petugas dan komuniti setempat di pasar raya AEON pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Majalah RASA di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn Bhd (Nu Ideaktiv) mengagihkan 1,500 mangkuk Bubur Lambuk Warisan yang direncahkan oleh BABA’S secara percuma buat pengunjung pasar raya AEON, para petugas dan komuniti setempat.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu tidak hanya bertujuan untuk memasak dan menyediakan hidangan yang berkhasiat, tetapi juga memupuk rasa perpaduan serta syukur dalam menyantuni masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, pihaknya gembira dengan penganjuran acara yang sudah memasuki tahun keenam dan komitmen penuh daripada penaja serta rakan kolaborasi terhadap program kali ini.

Justeru menurutnya, sektor korporat dan masyarakat patut mengambil peluang untuk menyertai usaha sebegini serta menyokong program CSR yang berupaya memberikan manfaat kepada masyarakat sekitar.

“Kami sangat berbangga dan bersyukur dapat bersama-sama dengan BABA’S untuk menyumbang kepada masyarakat, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam melalui inisiatif penyediaan 1,500 mangkuk bubur lambuk.


Majalah RASA di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn Bhd (Nu Ideaktiv) mengagihkan 1,500 mangkuk Bubur Lambuk Warisan 2024 yang direncahkan oleh BABA’S secara percuma buat pengunjung pasar raya AEON, para petugas dan komuniti setempat yang diadakan di Pasaraya AEON Shah Alam. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Majalah RASA di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn Bhd (Nu Ideaktiv) mengagihkan 1,500 mangkuk Bubur Lambuk Warisan 2024 yang direncahkan oleh BABA’S secara percuma buat pengunjung pasar raya AEON, para petugas dan komuniti setempat yang diadakan di Pasaraya AEON Shah Alam. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

“Semangat kebersamaan dan keikhlasan selaras dengan nilai-nilai yang kami galakkan, diharapkan ia dapat memberi keceriaan kepada penerima sumbangan.

"Melalui kolaborasi ini, semoga ia memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk menjayakan inisiatif kebajikan yang sejajar dengan nilai kemasyarakatan dan keinsanan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan pasar raya terkemuka AEON yang juga penaja lokasi di sini pada Sabtu.

Program berkenaan dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti, Sissy Iman dan Chef Qayyum iaitu chef selebriti yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat rancangan masakan.

Sebagai sebahagian daripada usaha tersebut, Chef Qayyum telah menyumbangkan kepakarannya menerusi demo masakan selain menjadi antara individu yang bertanggungjawab menyediakan bubur lambuk warisan.

Ditanya mengenai pandangan Sissy Iman mengenai acara terbabit, diharapkan penganjuran seperti ini diadakan dengan lebih kerap sebagai medium merapatkan ukhuwah bersama masyarakat.

"Perkara baik perlu diadakan dengan lebih kerap kerana sepanjang bergelar anak seni selama 11 tahun, saya dapatkan rasakan transisi majlis sebegini, jadi diharapkan agar ia diteruskan lagi," ulas penyanyi tersebut.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Baba’s, Azrain Mohamad memaklumkan, jalinan kerjasama antara pihaknya dengan Nu Ideaktiv dan Majalah RASA yang kini sudah memasuki tahun kedua diharapkan dapat memberi kenikmatan kepada penerima bubur lambuk.

Tambah beliau, lima kawah bubur lambuk telah disediakan sejak jam 8.30 pagi menggunakan beberapa bahan utama masakan keluaran BABA’S seperti serbuk kari, kurma, sup, jintan manis dan lada hitam.

“Penglibatan kami dalam program RASA Bubur Lambuk Warisan ini adalah bukti komitmen BABA’S untuk menyumbang kembali kepada masyarakat tempatan.

“Kami percaya bahawa usaha bersama dengan Majalah RASA dapat memberikan impak positif kepada golongan memerlukan terutamanya petugas beruniform di hospital, balai polis berdekatan dan seluruh warga setempat,” jelas Azrain.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!