Doktor senior di Korea Selatan sokong mogok

Seorang doktor memegang plakad tertera 'hentikan dasar perubatan populis' ketika protes di Seoul pada 21 Februari lalu. Foto AFP
Seorang doktor memegang plakad tertera 'hentikan dasar perubatan populis' ketika protes di Seoul pada 21 Februari lalu. Foto AFP
A
A
A

SEOUL - Sekumpulan doktor senior di Korea Selatan pada Sabtu mengumumkan mereka akan meletak jawatan bermula 25 Mac ini sebagai tanda sokongan terhadap golongan junior yang melancarkan mogok selama sebulan hingga menjejaskan operasi hospital di seluruh negara.

Wakil profesor perubatan dari 20 universiti yang turut berkhidmat di hospital besar membuat keputusan itu setelah mengadakan mesyuarat pada lewat malam Jumaat.

“Kami sudah mencapai kata sepakat bahawa setiap individu akan terus merawat pesakit mengikut tugas masing-masing sehingga peletakan jawatan itu dimuktamadkan,” ujar jurucakapnya, Profesor Bang Jae-seung.

Ribuan doktor pelatih melakukan tindakan nekad itu sebagai membantah langkah pembaharuan kerajaan yang mahu mengatasi masalah kekurangan doktor dengan menambah jumlah penuntut perubatan.

Pada akhir bulan lalu, kumpulan doktor tersebut juga tidak mengendahkan amaran pemerintah supaya kembali bertugas walaupun diarahkan berbuat demikian atau bakal berdepan tindakan undang-undang. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!