Residensi Madani berharga RM200,000 akan dibina di KL bermula Jun ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa (dua, kiri) menyampaikan botol dan risalah kepada peniaga bazar Ramadan pada program kempen kitar semula minyak masak terpakai sempena Program Teh Hijau Kuala Lumpur Edisi Mac 2024 di Stadium Bola Sepak Cheras pada Sabtu. Turut hadir, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (kiri). Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya menyasarkan untuk membina 8,000 unit Residensi Madani di Kuala Lumpur, bermula Jun tahun ini.

Beliau berkata, residensi dengan harga mampu milik sekitar RM200,000 itu, akan memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Konsepnya sama (seperti di Putrajaya). Cuma di Putrajaya ada Residensi Wilayah tapi di Kuala Lumpur hanya ada Residensi Madani.

"Kalau Residensi Madani ini, harganya sekitar RM200,000 dan dijangka dibina pada bulan Jun tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Teh Hijau Kuala Lumpur edisi Mac 2024 di Pekarangan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini pada Sabtu.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 10,000 unit Residensi Madani dan Wilayah bakal dibangunkan di Putrajaya bermula tahun ini dan dijangka siap pada 2027.

Sementara itu, pada majlis berkenaan sebanyak 37 periuk bubur lambuk dan 37 kawah dodol dimasak, untuk diedarkan kepada orang ramai yang hadir pada program itu.

Artikel Berkaitan:

Program Teh Hijau Kuala Lumpur edisi kali ini, atas kerjasama dengan Persatuan Mencegah Dadah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PEMADAM), komuniti dari seluruh kawasan Parlimen di Kuala Lumpur serta warga kerja DBKL melibatkan 1,000 orang peserta. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!