Ahmad Zahid adakan pertemuan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Kelantan

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian UMNO Kelantan pada Sabtu. Foto Bernama
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian UMNO Kelantan pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

TANAH MERAH - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan di kediaman Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah Datuk Wan Rakemi Wan Zahari dekat Mukim Batang Merbau di sini.

Perjumpaan itu bermula pada 5.20 petang.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri itu disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bersama beberapa pimpinan UMNO negeri.

Perjumpaan hampir sejam itu turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad dan Ketua Puteri UMNO Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!