UMNO tolak Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid berucap ketika merasmikan Majlis Iftar Santunan Kasih Ramadan di Masjid Batang Merbau, pada Sabtu.
Ahmad Zahid berucap ketika merasmikan Majlis Iftar Santunan Kasih Ramadan di Masjid Batang Merbau, pada Sabtu.
A
A
A

TANAH MERAH - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional, sebaliknya mahu fokus membentuk kerjasama dengan parti Kerajaan Madani.

Beliau berkata, parti berkenaan tidak mahu cadangan itu diwujudkan semula dan memberi ruang kepada rakyat untuk membuat penilaian.

"Apabila mereka (Pas) berada dalam keadaan zon selesa, mereka akan mula menerajang, memukul dan menendang kawan-kawan (parti gabungan).

"Jadi biarlah ikhlas berpolitik walaupun ia berdasarkan kepada

sistem demokrasi. Kalau kita sebagai orang Islam gunakanlah nilai-nilai Islam sebagai keutamaan, bukan menunggang Islam mencapai tujuan politik," katanya ketika ditemui merasmikan Majlis Iftar Santunan Kasih Ramadan di Masjid Batang Merbau, di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, UMNO tidak pernah meruntuhkan Muafakat Nasional dan Penyatuan Ummah, sebaliknya Pas yang berbuat demikian.

"Jangan menanam tebu di tepi bibir. Jangan hanya bercakap sedap mulut tetapi bila perkara ini telah dijalankan dengan niat ikhlas dari UMNO sendiri.

"Pemimpin yang mengetuai parti itu sendiri (Pas) menolaknya (Muafakat Nasional) dan meninggalkan UMNO," katanya.

Artikel Berkaitan:

Media sebelum ini melaporkan, Naib Presiden Pas, Ahmad Samsuri Mokhtar terbuka 'menghidupkan semula' Muafakat Nasional menerusi kerjasama politik antara parti berasaskan Melayu termasuk serpihannya, Amanah.

Beliau turut memaklumkan selain UMNO dan sebagainya, Amanah juga perlu dimasukkan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!